Blogger Layouts

Thursday, May 24, 2012

Teknologi Hijau menjana pembangunan tamadun






Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, terdapat empat tonggak utama iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Antara contoh teknologi hijau adalah kereta hibrid, tenaga kincir angin, carbon farming efficient system dan pelbagai lagi. Teknologi hijau ini sebenarnya boleh menyelamatkan alam sekitar dan menjana pembangunan tamadun yang kini semakin tercemar dek kerana perbuatan manusia. Teknologi Hijau ini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar. 

Kereta hibrid


Keterbukaan pemimpin melalui Debat PTPTN


 Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli menunjukkan keterbukaan kedua-dua pemimpin ini dalam mengutarakan pandangan yang beserta fakta terhadap isu berkaitan mahasiswa. Walaupun kedua-dua pemimpin ini berbeza ideologi politik, namun demi rakyat mereka bersifat profesional untuk mencapai resolusi terhadap isu PTPTN. Semoga keterbukaan ini akan sentiasa diteruskan demi kepentingan masyarakat dan dalam membentuk negara yang bersatu-padu. 

Bulan Pengguna Kebangsaan 2012

Datuk Seri Ismail Sabri tertarik melihat fesyen pakaian kitar semula daripada plastik dan kertas ciptaan Pauzeah Abd. Rahman (tengah) yang diumum sebagai johan sempena pelancaran Bulan Pengguna Kebangsaan 2012.

Jadilah pengguna bijak!

Debat Perdana Pengguna siswa sempena Bulan Pengguna Kebangsaan 2012


Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 telah dianjurkan pada bulan Mei 2012 dengan slogan bertemakan "Hak Pengguna Tanggungjawab Anda". Program dan aktiviti yang dirancang disepanjang tempoh tersebut akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah. Kebiasaannya, Bulan Pengguna Kebangsaan ini diadakakan pada 26 Julai setiap tahun, namun pada tahun ini kabinet telah bersetuju untuk menganjurkan
 Bulan Pengguna Kebangsaan ini pada bulan Mei.

Antara objektif sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 ini adalah untuk:

  1. Pengguna mengetahui hak mereka sebagai pengguna.
  2. Komuniti peniaga, NGO dan pengguna dapat meningkatkan kesedaran kepenggunaan mereka melalui pendidikan kepenggunaan.
  3. Aktiviti kepenggunaan yang bersifat interaktif dan berinformatif kepada semua golongan masyarakat.

Pengguna seharusnya mengetahui hak-hak mereka. Antara hak-hak pengguna adalah :

1) Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.

2) Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

- Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

3) Hak untuk mendapatkan maklumat

- Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

4) Hak untuk membuat pilihan

- Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

5) Hak untuk menyuarakan pendapat

- Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

6) Hak untuk mendapat ganti rugi

- Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

7)Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

- Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

8) Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

- Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Semoga Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 ini dapat meningkatkan kesedaran pengguna.



Bangunan Pencakar Langit~


Menara Eiffel



Menara Eiffel (Bahasa Perancis: La Tour Eiffel) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005  dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina . Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.


Burj Khalifa




Burj Khalifa (Bahasa Arab: برج خليفة‎ "Menara Khalifa"), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka)


Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996)

 Taipei 101


Taipei 101  ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh KTRT Joint Venture, ia adalah bangunan tertinggi di dunia. Nama asalnya ialah Pusat Kewangan Dunia Taipei, berdasarkan nama rasmi Cinanya, iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei .

Parlimen Malaysia~


Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur.

Bangunan Parlimen

Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.





Hari Belia Negara~


Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepada belia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan.Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi bahkan mereka boleh menjadi aset berharga kepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi di masa hadapan.

Sebanyak 11.9 juta belia untuk dikembalikan kepada proses pembangunan negara dengan meletakkan mereka dalam arus perdana tanggungjawab nasional yang harus disokong oleh semua agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO. Mereka perlu dididik untuk didengar dan dihargai oleh pelbagai pergerakan dan program yang sangat baik.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah dapat menunjukkan potensi mereka dan mereka pula sentiasa perlu dipertingkatkan. Kejayaan Hari Belia Negara 2010 adalah titik perubahan ke arah membawa darah muda kepada aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah. Penyertaan belia dalam organisasi belia terus meningkat sebagai hasil daripada peningkatan motivasi untuk Hari Belia Negara 2010 (2010 Hari Belia Negara) hendaklah dikekalkan.

Sambutan Hari Belia 2012


1 Malaysia~


1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.
 Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Slogan 1 Malaysia


2009       Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010        Menjana Transformasi
2011        Transformasi Berjaya Rakyat Sejahatera



Logo 1 Malaysia


Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.