Jadilah pengguna bijak! |
Debat Perdana Pengguna siswa sempena Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 |
Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 telah dianjurkan pada bulan Mei 2012 dengan slogan bertemakan "Hak Pengguna Tanggungjawab Anda". Program dan aktiviti yang dirancang disepanjang tempoh tersebut akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah. Kebiasaannya, Bulan Pengguna Kebangsaan ini diadakakan pada 26 Julai setiap tahun, namun pada tahun ini kabinet telah bersetuju untuk menganjurkan
Bulan Pengguna Kebangsaan ini pada bulan Mei.
Antara objektif sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 ini adalah untuk:
- Pengguna mengetahui hak mereka sebagai pengguna.
- Komuniti peniaga, NGO dan pengguna dapat meningkatkan kesedaran kepenggunaan mereka melalui pendidikan kepenggunaan.
- Aktiviti kepenggunaan yang bersifat interaktif dan berinformatif kepada semua golongan masyarakat.
Pengguna seharusnya mengetahui hak-hak mereka. Antara hak-hak pengguna adalah :
1) Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
2) Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
- Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
3) Hak untuk mendapatkan maklumat
- Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
4) Hak untuk membuat pilihan
- Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
5) Hak untuk menyuarakan pendapat
- Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
6) Hak untuk mendapat ganti rugi
- Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
7)Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
- Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
8) Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
- Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.
Semoga Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 ini dapat meningkatkan kesedaran pengguna.
Untuk mengetahui jadual penuh acara sepanjang Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 layari http://www.daganghalal.com/HalalEvents/BulanPengguna2012.aspx
ReplyDelete