Blogger Layouts

Thursday, May 24, 2012

Bangunan Pencakar Langit~


Menara Eiffel



Menara Eiffel (Bahasa Perancis: La Tour Eiffel) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005  dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina . Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.


Burj Khalifa




Burj Khalifa (Bahasa Arab: برج خليفة‎ "Menara Khalifa"), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka)


Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996)

 Taipei 101


Taipei 101  ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh KTRT Joint Venture, ia adalah bangunan tertinggi di dunia. Nama asalnya ialah Pusat Kewangan Dunia Taipei, berdasarkan nama rasmi Cinanya, iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei .

No comments:

Post a Comment