Blogger Layouts

Sunday, May 27, 2012

Yunani Purba~


Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Greece yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain.
Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada dunia moden, memarakkan Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pemulihan pelbagai neo-klasik pada abad ke-18 dan abad ke-19 Eropah dan Amerika.

Faktor Kejayaan Tamadun Yunani

Memperluaskan dasar perluasan kuasa
Pada tahun 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak menguasai seluruh wilayah Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, terdiri dari petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes. Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang terdapat di antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian Utara Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di tengah Greek dengan menghancurkan tentangan orang Phocia. Pada tahun 338 SM, Athens dan Thebes dikalahkan. Malangnya, baginda telah mangkat dalam satu kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya dan anaknya Alexander Agung menaiki takhta pada tahun 336 SM. Dalam 334 SM, baginda menyeberangi Dardanelles dan memasuki Asia Kecil dan menyerang Parsi, kemudian Syria dan Mesir. Pada tahun 331 SM, baginda sekali lagi menyerang Parsi dan menaklukinya. Kemudian, pada tahun 326 SM, baginda menawan Raja India yang bernama Porus dalam pertempuran Hydaspeas. Baginda mangkat pada tahun 323 SM ketika baginda berumur 32 tahun kerana penyakit Malaria.
Pemerintah yang cekap
Alexander Agung merupakan pemerintah Yunani yang cekap. Baginda menaiki takhta pada tahun 326 SM semasa baginda berusia 20 tahun. Dia mewarisi sikap sombong, penuh emosi dan berani dari ibunya; fikiran yang praktikal, kepintaran dalam politik dan kemahiran dalam peperangan dari ayahnya. Baginda merupakan ketua tentera dan perancang strategi yang handal. Semasa pemerintahan baginda, kebudayaan Hellenistik telah berkembang ke seluruh empayarnya. Kebudayaan Hellenistik merupakan gabungan kebudayaan Yunani dan kebudayaan Parsi. Baginda merupakan pengasas bandar Iskandariah, sebuah pusat pembelajaran yang penting dalam bidang sains dan matematik. Alexander Agung tidak pernah kalah dalam peperangan dengan musuhnya. Semasa pemerintahannya, Empayar Yunani telah mencapai kegemilangan sehingga meliputi 3 benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika.


Tentera yang kuat
Yunani mempunyai tentera yang kuat sehinggalah membolehkannya membentuk Empayar Yunani yang begitu luas. Philip telah menubuhkan angkatan tentera yang tetap dan bergaji, terdiri daripada petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut latihan askar di Thebes. Angkatan tentera ini telah dilengkapkan dengan tombak yang lebih panjang. Phalaux Makedon dan Sekuadron besar tentera berkuda yang berdisiplin kuat di sayapnya membuat tentera ini susah hendak dikalahkan. Angkatannya mara dalam barisan yang serong, tentera berjalan kaki dan berkuda bergerak bersama mengikut rancangan yang telah disediakan. Kesemuanya sekali menjadi satu jentera ketenteraan yang belum pernah disaksikan di dunia. Kekuatan angkatan juga dapat dilihat apabila dari 330-324 SM, Alexander Agung memimpin angkatannya melalui gunung-ganang dan padang pasir yang penuh bahaya, salji dan banjir, berjuang dengan semangat berkobar-kobar menghadapi bermacam jenis musuh, mereka mara beribu-ribu batu ke tengah Asia, masuk Timur sampai ke Bactria, ke Utara menyeberangi Sungai Oxus dan Jaxartes ke Turkestan, ke Selatan menyeberangi Indua dan masuk ke Punjab tanpa berhenti-henti.





Friday, May 25, 2012


KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM


  Persoalan mengenai wanita dan institusi keluarga merupakan unsur yang amat penting dalam perkembangan sesebuah tamadun sama ada Tamadun Islam atau Tamadun yang lain. Wanita berperanan dalam pembentukan sesebuah keluarga dan keluarga merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Islam begitu menitikberatkan persoalan wanita dan keluarga di dalam al-Quran bahawa satu pertiga dari hukum-hakamnya berkaitan dengan institusi keluarga dan peraturan- peraturan kekeluargaan yang baik.


Wujudnya institusi keluarga merupakan suatu kurniaan dan masyarakat menjadi lebih sempurna. Institusi keluarga akan membentuk konsep bantu- membantu, kasih-mengasihi dan bergotong-royong (bekerjasama) bagi memenuhi keperluan dan kepentingan bersama. Firman Allah yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaurn lelaki), isteri-isteri darijenis kamu sendiri, supaya kamu hersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri)perasaankasihsayangdan helas kasihan... (Surah Al-Rum 30: Ayat 21).
Kedudukan Wanita Pra-Islam:

Pada zaman pra-Islam, kedudukan wanita secara umumnya dapat ditemui dalam beberapa agama dan tamadun-tamadun dunia. Di Semenanjung Tanah Arab pra-Islam, iaitu selepas keruntuhan empangan Ma'arib sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai Nabi dan Rasul, dikenali sebagai zaman masyarakat jahiliah. Masyarakat Jahiliah meletakkan wanita dalam kedudukan terendah dari segi peranan dan moralnya, iaitu sebagai hamba dan harta. Wanita dianggap oleh masyarakat Jahiliah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki, sehingga terdapat tradisi di kalangan kabilah-kabilah tertentu yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana dianggap membawa sial.

Kedatangan Islam melalui Rasulullah s.a.w. dan membawa kitab suci sebagai petunjuk daripada Allah s.w.t., merupakan suatu sinar baru untuk mentamadunkan bangsa Arab dan meletakkan martabat wanita pada kedudukan yang tinggi, setaraf dengan lelaki, menurut tuntutan-tuntutan Islam selaras dengan proses pembentukan tamadun Islam. Al-Quran telah mengeluarkan kaum Jahiliah dari kehinaan dengan sentiasa mengingatkan mereka terhadap peristiwa wanita di masa lalu, Dan apabila roh-roh dipertemukan dengan tubuhnya, Dan apabila anak perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh (Surah Al-Takwir: Ayat 7-9).

Kedatangan Islam menjadikan wanita sebagai penggerak dalam menuju keagungan Islam, membentuk manusia-manusia gagah untuk mempertahankan kebenaran dan membasmi kemungkaran. Mereka mengisi hidup mereka dengan amal bakti yang ikhlas dan menjauhkan segala rupa kemaksiatan.


Thursday, May 24, 2012


Ilmu Perubatan Dalam Tamadun Islam


Definisi Perubatan Islam:
Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan dimana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.



Pengertian Tamadun:
Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan peradaban, kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan dapat mempunyai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan tamadun Islam tidaklah terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan kebudayaan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan Ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun, bukan manusia yang membentukkannya. Jika diteliti pada tamadun yang lain, jelas menunjukkan bahawa manusia yang membentuk asas kepada sesebuah tamadun.
Latar belakang asal-usul ilmu perubatan dalam Tamadun Islam:
Kira-kira dalam lingkungan 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh yang disebabkan oleh peperangan, penyakit yang merebak melanda umatnya dan serangan puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps, lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom. Ini merupakan suatu zaman yang merupakan detik terhentinya sejarah tamadun dunia pada ketika itu.

Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep aliran Yunani serta diperkembangkan pula oleh pemikiran berhaluan Iskandariah dan disistemkan oleh Galen mulai lumpuh. Dari pusat perubatan empayar Rom yang pada suatu masa dahulu begitu gemilang dan memancarkan cahaya kesemua negara-negara lingkungan lautan Mediterranean, lahir pula suatu pusat baru yang dibangkitkan oleh puak Nestorian. Pengasas pusat ilmiah ini ialah Nestorius, yang merupakan ‘patriach’(pengetua) Constantinople pada awal abad ke-5 M
2. Beliau diusir dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 440 M. Cara pemikiran serta kepercayaan pengikut-pengikutnya memang telah menggoncangkan Pertubuhan Agama Kristian pada awal-awal lagi. Kini pengikut-pengikutnya telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis yang telah berkembang ke peringkat yang disanjung ramai menjelang akhir abad yang ke-5.
Dalam abad kemegahan inilah tokoh-tokoh Islam yang menyerap tamadun yang terdapat dikalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam merupakan pembela utama dan tokoh yang melindungi dan membina pusat-pusat pengajian tersebut dan hasil usaha merekalah yang menyebabkan Baghdad menjadi pusat pengajian yang begitu cemerlang.

Zaman sejarah ilmu perubatan Islam memakan masa 7 abad dan serentak dengan zaman kecemerlangan Islam. Dengan ringkasnya penggal pertama zaman tersebut bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W. baginda amat memahami kepentingan kesihatan jasmani dan menekankan beberapa ajaran dari segi kesihatan. Konsep-konsep kesihatan dari unsure-unsur asas keagamaan yang lain dari Islam umpamanya Yahudi dan Nasrani tidak dinafikan oleh pengajaran Islam. Tib al-Nabi(kitab perubatan S.A.W. ) mengandungi beberapa ajaran asas tentang pemakanan dan membina jasmani yang sihat. Orang Arab dalam zaman permulaan agama Islam juga pernah terdedah pada pengaruh pusat-pusat perubatan di Iskandariah dan Syiria yang menjadi tempat orang Nestorian dari pusat-pusat di Edessa dan Nicibis mengajar ilmu ini serta menterjemah karya klasik Yunani ke dalam bahasa Arab dan dianggap sebagai pusaka yang sangat dihargai.



7 JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA

1. Lake pontchartrain, Panjang 38.420 M terdapat di Lousiana New Orleans, Amerika.


 


 

2.  Bridge donghai, Panjang 32.500 M, Jembatan terpanjang di Asia dan juga jembatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China.


 


 

3. King Fahd Causeway, Panjang M, melintasi bendungan yang menghubungkan antara Saudi Arabia dan Bahrain.


 


 

 4. Chesapeake Bay Bridge, Panjang 24.140 M, melintasi teluk Chesepake di Maryland Amerika.


 


 

 5. Vasco da Gama bridge, Panjang 17.200 M, jembatan terpanjang di daratan Eropah yang melintasi sungai-sungai di kota Lisbon Purtugal


 


6. Penang Bridge, Panjang 13.500 M, menghubungkan antara Pulau Penang dan daratan Malaysia.


 

  

7. Rio Bridge – Niteroi, Panjang 13.290 M, Menghubungkan kota Rio de Janeiro di Brazil dan Niteroi.


Kesenian dalam Tamadun Islam.

Bahasa juga satu bentuk seni.

Kesenian ukiran warisan tamadun Islam

Masjid Cordoba



Seni dapat dipandang dari pelbagai segi antaranya dari segi kemahiran, segi kegiatan manusia segi karya manusia, dari segi seni halus (fine arts )dan dari segi seni pandang (visual arts). Apabila dikaji, kesenian merupakan salah satu ciri bagi tamadun islam. Sebagai contoh, bandar dan bangunan-bangunan ditegakkan oleh tata kota dan seni bina. Contohnya, ketika kebangkitan Islam dalam abad ke-15 H. para cendekiawan telah mengkaji tamadun Islam yang mencapai kejayaan pada zaman Abbasiyyah. Daripada tamadun itu, terdapat pelbagai warisan . Antara contoh warisan kesenian tersebut adalah kesusasteraan dalam bentuk syair dan pidato, seni suara seperti Qiraatul Quran, ghasidah, muzik dan lagu-lagu yang yang bertemakan kasih sayang, dan seni ukir dan seni pahat merupakan cabang seni rupa yang mana menggunakan tulisan khat Arab sebagai motifnya. Pada kebiasaannya ayat Al-quran, Hadis, syair atau kata hikmah dipahat dan diukir pada dinding bangunan masjid, istana dan gedung lainnya.

Teknologi Hijau menjana pembangunan tamadun






Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, terdapat empat tonggak utama iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Antara contoh teknologi hijau adalah kereta hibrid, tenaga kincir angin, carbon farming efficient system dan pelbagai lagi. Teknologi hijau ini sebenarnya boleh menyelamatkan alam sekitar dan menjana pembangunan tamadun yang kini semakin tercemar dek kerana perbuatan manusia. Teknologi Hijau ini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar. 

Kereta hibrid


Keterbukaan pemimpin melalui Debat PTPTN


 Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli menunjukkan keterbukaan kedua-dua pemimpin ini dalam mengutarakan pandangan yang beserta fakta terhadap isu berkaitan mahasiswa. Walaupun kedua-dua pemimpin ini berbeza ideologi politik, namun demi rakyat mereka bersifat profesional untuk mencapai resolusi terhadap isu PTPTN. Semoga keterbukaan ini akan sentiasa diteruskan demi kepentingan masyarakat dan dalam membentuk negara yang bersatu-padu.