Blogger Layouts

Friday, May 25, 2012


KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM


  Persoalan mengenai wanita dan institusi keluarga merupakan unsur yang amat penting dalam perkembangan sesebuah tamadun sama ada Tamadun Islam atau Tamadun yang lain. Wanita berperanan dalam pembentukan sesebuah keluarga dan keluarga merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Islam begitu menitikberatkan persoalan wanita dan keluarga di dalam al-Quran bahawa satu pertiga dari hukum-hakamnya berkaitan dengan institusi keluarga dan peraturan- peraturan kekeluargaan yang baik.


Wujudnya institusi keluarga merupakan suatu kurniaan dan masyarakat menjadi lebih sempurna. Institusi keluarga akan membentuk konsep bantu- membantu, kasih-mengasihi dan bergotong-royong (bekerjasama) bagi memenuhi keperluan dan kepentingan bersama. Firman Allah yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaurn lelaki), isteri-isteri darijenis kamu sendiri, supaya kamu hersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri)perasaankasihsayangdan helas kasihan... (Surah Al-Rum 30: Ayat 21).
Kedudukan Wanita Pra-Islam:

Pada zaman pra-Islam, kedudukan wanita secara umumnya dapat ditemui dalam beberapa agama dan tamadun-tamadun dunia. Di Semenanjung Tanah Arab pra-Islam, iaitu selepas keruntuhan empangan Ma'arib sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai Nabi dan Rasul, dikenali sebagai zaman masyarakat jahiliah. Masyarakat Jahiliah meletakkan wanita dalam kedudukan terendah dari segi peranan dan moralnya, iaitu sebagai hamba dan harta. Wanita dianggap oleh masyarakat Jahiliah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki, sehingga terdapat tradisi di kalangan kabilah-kabilah tertentu yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana dianggap membawa sial.

Kedatangan Islam melalui Rasulullah s.a.w. dan membawa kitab suci sebagai petunjuk daripada Allah s.w.t., merupakan suatu sinar baru untuk mentamadunkan bangsa Arab dan meletakkan martabat wanita pada kedudukan yang tinggi, setaraf dengan lelaki, menurut tuntutan-tuntutan Islam selaras dengan proses pembentukan tamadun Islam. Al-Quran telah mengeluarkan kaum Jahiliah dari kehinaan dengan sentiasa mengingatkan mereka terhadap peristiwa wanita di masa lalu, Dan apabila roh-roh dipertemukan dengan tubuhnya, Dan apabila anak perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh (Surah Al-Takwir: Ayat 7-9).

Kedatangan Islam menjadikan wanita sebagai penggerak dalam menuju keagungan Islam, membentuk manusia-manusia gagah untuk mempertahankan kebenaran dan membasmi kemungkaran. Mereka mengisi hidup mereka dengan amal bakti yang ikhlas dan menjauhkan segala rupa kemaksiatan.


No comments:

Post a Comment