Ilmu
Perubatan Dalam Tamadun Islam
Definisi Perubatan Islam:
Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan dimana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan dimana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Pengertian Tamadun:
Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan peradaban, kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan dapat mempunyai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan tamadun Islam tidaklah terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan kebudayaan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan Ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun, bukan manusia yang membentukkannya. Jika diteliti pada tamadun yang lain, jelas menunjukkan bahawa manusia yang membentuk asas kepada sesebuah tamadun.
Latar belakang asal-usul ilmu perubatan dalam Tamadun Islam:
Kira-kira dalam lingkungan 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh yang disebabkan oleh peperangan, penyakit yang merebak melanda umatnya dan serangan puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps, lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom. Ini merupakan suatu zaman yang merupakan detik terhentinya sejarah tamadun dunia pada ketika itu.
Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep aliran Yunani serta diperkembangkan pula oleh pemikiran berhaluan Iskandariah dan disistemkan oleh Galen mulai lumpuh. Dari pusat perubatan empayar Rom yang pada suatu masa dahulu begitu gemilang dan memancarkan cahaya kesemua negara-negara lingkungan lautan Mediterranean, lahir pula suatu pusat baru yang dibangkitkan oleh puak Nestorian. Pengasas pusat ilmiah ini ialah Nestorius, yang merupakan ‘patriach’(pengetua) Constantinople pada awal abad ke-5 M2. Beliau diusir dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 440 M. Cara pemikiran serta kepercayaan pengikut-pengikutnya memang telah menggoncangkan Pertubuhan Agama Kristian pada awal-awal lagi. Kini pengikut-pengikutnya telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis yang telah berkembang ke peringkat yang disanjung ramai menjelang akhir abad yang ke-5.
Dalam abad kemegahan inilah tokoh-tokoh Islam yang menyerap tamadun yang
terdapat dikalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam
merupakan pembela utama dan tokoh yang melindungi dan membina pusat-pusat
pengajian tersebut dan hasil usaha merekalah yang menyebabkan Baghdad menjadi
pusat pengajian yang begitu cemerlang.
Zaman sejarah ilmu perubatan Islam memakan masa 7 abad dan serentak dengan zaman kecemerlangan Islam. Dengan ringkasnya penggal pertama zaman tersebut bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W. baginda amat memahami kepentingan kesihatan jasmani dan menekankan beberapa ajaran dari segi kesihatan. Konsep-konsep kesihatan dari unsure-unsur asas keagamaan yang lain dari Islam umpamanya Yahudi dan Nasrani tidak dinafikan oleh pengajaran Islam. Tib al-Nabi(kitab perubatan S.A.W. ) mengandungi beberapa ajaran asas tentang pemakanan dan membina jasmani yang sihat. Orang Arab dalam zaman permulaan agama Islam juga pernah terdedah pada pengaruh pusat-pusat perubatan di Iskandariah dan Syiria yang menjadi tempat orang Nestorian dari pusat-pusat di Edessa dan Nicibis mengajar ilmu ini serta menterjemah karya klasik Yunani ke dalam bahasa Arab dan dianggap sebagai pusaka yang sangat dihargai.
No comments:
Post a Comment