Bahasa juga satu bentuk seni. |
Kesenian ukiran warisan tamadun Islam |
Masjid Cordoba |
Seni dapat dipandang dari pelbagai segi antaranya dari segi kemahiran, segi kegiatan manusia segi karya manusia, dari segi seni halus (fine arts )dan dari segi seni pandang (visual arts). Apabila dikaji, kesenian merupakan salah satu ciri bagi tamadun islam. Sebagai contoh, bandar dan bangunan-bangunan ditegakkan oleh tata kota dan seni bina. Contohnya, ketika kebangkitan Islam dalam abad ke-15 H. para cendekiawan telah mengkaji tamadun Islam yang mencapai kejayaan pada zaman Abbasiyyah. Daripada tamadun itu, terdapat pelbagai warisan . Antara contoh warisan kesenian tersebut adalah kesusasteraan dalam bentuk syair dan pidato, seni suara seperti Qiraatul Quran, ghasidah, muzik dan lagu-lagu yang yang bertemakan kasih sayang, dan seni ukir dan seni pahat merupakan cabang seni rupa yang mana menggunakan tulisan khat Arab sebagai motifnya. Pada kebiasaannya ayat Al-quran, Hadis, syair atau kata hikmah dipahat dan diukir pada dinding bangunan masjid, istana dan gedung lainnya.
No comments:
Post a Comment