Blogger Layouts

Thursday, March 29, 2012

Pengenalan SePMA

Salam 1Malaysia,
Entry kali ini ditulis semasa kami menghadiri Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) bertempat di Putrajaya.
Di sini ingin kami kongsikan serba sedikit info mengenai SePMA:

SEMINAR PENDIDIKAN MELAYU ANTARABANGSA (SePMA) II 
29 - 31HB MAC 2012
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA PRESINT 3,
PUTRAJAYA MALAYSIA
Pengenalan
Sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri kita yang inginkan bangsa yang berpendidikan tinggi dalam memartabatkan slogan 1 MALAYSIA. Universiti Malaysia Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis bersama berhasrat menjadikan perpaduan sebagai satu cabaran dalam mewujudkan warga Malaysia yang mendokong 1 MALAYSIA. Dalam kita memainkan peranan ke arah perpaduan, kita tidak terlepas pandang dalam memartabatkan kemajuan bangsa Melayu khususnya dalam bidang pendidikan.

Justeru itu, UniMAP dan Kerajaan Negeri Perlis dan mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) untuk kali ke-2 bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam, Tenaga Nasional Berhad, Bank Kerjasama Rakyat, Permodalan Nasional Berhad dan Utusan Melayu Malaysia Bhd. Seminar ini turut membuka ruang kepada Melayu Nusantara untuk membincangkan penarafan pendidikan Melayu Antarabangsa yang dijangka akan melibatkan penyertaan Melayu dari rumpun ASEAN dan Dunia.

Objektif
  • Memahami perkembangan dan cabaran kemajuan Pendidikan Melayu di Malaysia & Peringkat Antarabangsa
  • Menilai semula senario semasa tentang kedudukan Pendidikan Melayu di Malaysia & Antarabangsa
  • Membincangkan halatuju pendidikan Melayu pada masa kini

Banyak lagi yang akan kami kongsi mengenai SePMA pada entry yang akan datang. Tunggu~~ :)

Tuesday, March 27, 2012

ASOKA~



Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.

Pengenalan :
o Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 S.M.
o Diasakan oleh Chandragupta Maurya.
o Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya yang ketiga iaitu Asoka.
o Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 S.M dengan gelaran Devanampiya Plyadasi.
o Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang agung melalui perluasan kuasa,keagamaan dan pembaharuan sistem politik.

Isi :
Menyebarkan Ajaran Agama Buddha :
o Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara pada tahun ke 11 pemerintahannya.
o Melawat tempat suci dan menganjurkan perbincangan keagamaan.
o Melantik pegawai khas iaitu Dharma Mahamatra untuk menyebarkan nilai-nilai murni di dalam ajaran Buddha.
o Menganjurkan Majlis Buddha yang ke tiga untuk menyelesaikan perbezaan Mazhab yang berlainan.
Menghantar misi-misi keagamaan ke Luar Negara :
o Mubaligh Buddha dihantar ke Sri Lanka,Asia Barat ,Mesir dan Eropah Timur untuk meneyebarakan agama Buddha
o Supaya rakyat dapat mengamalakan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu,
o Mengamalkan sikap toleransi terhadap agama .


Mengukir Doktrin Buddha Di atas Batu, Tiang dan Gua Di Seluruh Jajahan Takluk :


Pentadbiran :
o Empayar yang diasaskan meliputi seluruh bahagian utara India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India selatan.
o Sesetengah tanah jajahan diberi kuasa autonomi dan sesetengahnya pula di tadbir oleh wizurai.
o Berjaya menyatukan seluruh empayarnya menerusi penggunaan bahasa Prakrit.
o Hubungan diplomatic dengan beberapa orang raja seperti Ptolemy II , Raja Mesir menerusi penubuhan organisasi Philanthropik



Sosial :
o Menubuhkan hospital untuk manusia dan haiwan di seluruh empayar serta menghulurkan bantuan dan derma kepada goklongan Brahman dan pengikut agama lain
o Membina rumah rehat untuk kemudahan pelancong.

Kesimpulan :
o Asoka telah berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh dan ini terbukti dengan keluasan Eampayar Maurya.
o Namun selepas Asoka meninggal dunia pada tahun 232 S.M empayar tersebut mula mengalami keruntuhan dan digantikan dengan Empayar Gupta.

Agama & Kepercayaan Jahiliah

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.


1.         Agama Hanif :

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2.         Agama Yahudi :

Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3.         Agama Nasrani :

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4.         Agama Wathani :

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5.         Agama Majusi :

Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6.         Agama penyembahan Cekarawala :

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7.         Agama Animisme :

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10.       Kepercayaan tahyul :

Kepercayaan tangkal azimat
Roh orang mati menjadi burung.
Percaya kepada ahli nujum.
Percaya kepada ahli sihir.
Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
Membuat keputusan melalui anak panah.

TUJUH KEAJAIBAN DUNIA PURBA

Tujuh Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean

1) BERHALA ZEUS DI OLYMPIA


Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani, merupakan salah sebuah dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba. Ia dibina di bandar kuno Olympia, sekitar 150 km barat Athens, di Greece. Binaan kuil asal yang menempatkan patung raksaksa ini dibina sekitar 450 BC, direka oleh arkitek Libon. Patung itu sendiri dicipta oleh pengukir patung Athean, Pheidias. Dibina dari bahagian gading, patung gergasi ini setinggi 45 kaki tinggi, memegang kemenangan pada tangan kanannya, dan cokmar pada tangan kirinya.

2) RUMAH API ISKANDARIAH


Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya. Kawasan pesisiran pantai merupakan tanah rata dan kurang sesuai sebagai pelabuhan kerana tidak mempunyai panduan unutk pedagang dan pelayar.


3)MAKAM MAUSSOLLOS DI HALICARNASSUS


Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabenor) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia. Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun. Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.

4) TAMAN TERGANTUNG BABYLON


Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates. Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.

5) PIRAMID AGUNG KUFU


Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun. Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza. 

6) KUIL ARTEMIS


Kuil Artemis (B. Greek: Ἀρτεμίσιον Artemision, B. Latin: Artemisium) merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah dewa Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.
Kata Philo dari Byzantium:
Saya pernah melihat Taman Tergantung Babylon, Berhala Zeus di Olympia, Patung Raksasa Rhodes, seni agung Piramid serta Makam Mausollos. Tetapi kuil di Ephesus yang bangun mencecah awan ini meneduhi keajaiban-keajaiban yang lain itu.

7) PATUNG RAKSASA RHODES


Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.






Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah.

Pengenalan :
o Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan.
o Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.
Isi-isi :
Pengertian Renaissance :
o Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
o Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
o Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.
o Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.
Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :
o Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal.
o Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.
o Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.
o Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.
o Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.
o Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.
o Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.
o Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresifdan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.



~ENTRI PERTAMA KAMI~

Salam perkenalan. 

TITAS. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Subjek ni subjek yg kami ambil untuk semester ni. Jadi, salah satu tugasan titas ialah " create a blog ". Kami ditugaskan untuk membentuk satu kumpulan. 

Kumpulan kami~
  • Khuzaimah bt Ramli @ Lahman
  • Tuan Sri Noha bt Osu
  • Nor Azliana bt Noordin 
  • Nur Aqma bt Shofi 
  • Norfarahdila bt Mohd Aidi 
SILA LA VIEW HASIL KERJA BLOG KAMI