Blogger Layouts

Thursday, March 29, 2012

Pengenalan SePMA

Salam 1Malaysia,
Entry kali ini ditulis semasa kami menghadiri Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) bertempat di Putrajaya.
Di sini ingin kami kongsikan serba sedikit info mengenai SePMA:

SEMINAR PENDIDIKAN MELAYU ANTARABANGSA (SePMA) II 
29 - 31HB MAC 2012
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA PRESINT 3,
PUTRAJAYA MALAYSIA
Pengenalan
Sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri kita yang inginkan bangsa yang berpendidikan tinggi dalam memartabatkan slogan 1 MALAYSIA. Universiti Malaysia Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis bersama berhasrat menjadikan perpaduan sebagai satu cabaran dalam mewujudkan warga Malaysia yang mendokong 1 MALAYSIA. Dalam kita memainkan peranan ke arah perpaduan, kita tidak terlepas pandang dalam memartabatkan kemajuan bangsa Melayu khususnya dalam bidang pendidikan.

Justeru itu, UniMAP dan Kerajaan Negeri Perlis dan mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) untuk kali ke-2 bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam, Tenaga Nasional Berhad, Bank Kerjasama Rakyat, Permodalan Nasional Berhad dan Utusan Melayu Malaysia Bhd. Seminar ini turut membuka ruang kepada Melayu Nusantara untuk membincangkan penarafan pendidikan Melayu Antarabangsa yang dijangka akan melibatkan penyertaan Melayu dari rumpun ASEAN dan Dunia.

Objektif
  • Memahami perkembangan dan cabaran kemajuan Pendidikan Melayu di Malaysia & Peringkat Antarabangsa
  • Menilai semula senario semasa tentang kedudukan Pendidikan Melayu di Malaysia & Antarabangsa
  • Membincangkan halatuju pendidikan Melayu pada masa kini

Banyak lagi yang akan kami kongsi mengenai SePMA pada entry yang akan datang. Tunggu~~ :)

No comments:

Post a Comment